Monday, October 11, 2010

Day 2 : Zhongshanba - Sun Yat Sen University


Hari ini hari kedua Trip Belajar Memborong di Guangzhou berlangsung. Destinasi hari ini ialah Zhongshanba.

Zong Shan Ba Rd ( Zong Shan Ba Lu) 中山八路97号荔湖大厦.

Di Zhongshanba terdapat dua plaza untuk pakaian kanak2 dan aksesori.

Setelah dua jam disana (1000 - 1200) kami bertolak ke Sun Yat Sen University untuk melawat Plaza Fabrik dan Tekstil. Apa yang menarik, laluan Metro untuk ke Sun Yat Sen University bukan lagi Line 2, tetapi telah ditkar menjadi Line 8. Dari Line 2 perlu tukar di Changgang untuk ke Line 8. Sekiranya dahulu Line 2 tamat di Wanshengwei ke arah selatan, kini stesen akhir Line 2 ialah Guangzhou South Railway Station.




Metro Guangzhou kini memiliki Line 1,2,3,4,5,8 (6 dan 7 masih dalam pembinaan)

Salah seorang peserta iaitu Puan Hanim memiliki butik pakaian di Plaza PKNS. Jadi beliau sangat arif tentang pemilihan tekstil dan kain.Banyak sample kain yang beliau ambil dari kedai2.


Kami bertolak pulang dalam jam 1630.

Pada malamnya kami makan di Restoran Al Jazeera yang baru dibuka di Xiao Bei Lu.



0 comments :

Share with friends